CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, January 18, 2010

di sini ku bermula

welcome 2010...................

bermotokan dan berkonsepkan memartabatkan bahasa ibunda, aku menyahut seruan rakan-rakan seperjuangan untuk berjuang dan berkongsi cerita dan pengalaman di medan penulisan...

alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan selain Allah, sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah...

di saat ini, pada ketika ini, inginku rungkaikan beberapa persoalan dan andaian yang mungkin timbul di benak dan minda sahabat2 ku,,,(mungkin bg pembaca blog juge)

*nape lame x update?
*mane farha menghilang dgn cerita dan kisah2 nya?

sejujurnya, selama ini aku tidak menghilang. aku tetap di sini, di USIM bumiku tercinta. di bangi pula, rumahku syurgaku. aku sentiasa di sini, di bumi Allah yg sementara dan penuh pancaroba ini...

sepuluh jari kupohon kemaafan andai salah silapku, gurauanku, kata-kata dan teguranku bisa menimbulkan secarit luka di hati kalian. aku insan lemah dan tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. namun, aku berpegang pada serangkap kata iaitu,
"khairunnas man yanfa'u nas"....(sebaik2 manusia adalah manusia yg memberikan manfaat pd org lain)

persoalannya di sini..
mengapakah hari ini menjadi permulaan untukku menyambung kembali kisah2 ku yang penuh makna, namun sarat dengan suka duka.

sudah lama aku bercadanag untuk mencoretkan sesuatu sbg tanda aku menghargai cerita2 dan kisah2 yang berlaku di sekelilingku. tetapi, faktor kekangan masa, dan pelbagai aktiviti yang memerlukan komitmenku membuatkan hajatku untuk melakar beberapa peristiwa terbantut.
istighfar kulafazkan tanda kekesalanku terhadap apa yang berlaku.

hari ini, aku berjuang dan berjihad seperi minggu2 yang sebelumnya, iatu jihad menuntut ilmu. aku dan rakan2 sekelas keluar daripada kolej kediaman sekitar jam 7 pagi untuk hadir ke kelas bhs inggeris tepat jam 8 pagi. namun, Allah ingin menguji kesabaran dan thp keimanan kami. sewaktu kami turun daripada blok masing2, rahmat Allah mula melimpah-limpah. hujan renyai bertukar menjadi agak lebat menyebabkan kami basah kuyup. namun keadaan itu tidak membantutkan hasrat murni kami untuk ke kelas yang amat digemari pada pagi ini...
kedatangan bas yang agak lewat serta bilangan bas yang sedikit menyebabkan iman ku goyah namun aku mengucapkan istighfar sebagai penghapus dosa..ampunkan hambaMu ya Tuhan, atas segala andaian buruk dan titik2 hitam di hati hambaMu...

seusai kelas bhs inggeris pada pagi ini, kami mendapat informasi bahawa kuliah dakwah dibatalkan atas sbb kesihatan lecturer yang tidak mengizinkan beliau untuk hadir. walaupun kawan2ku tidak melonjak girang, aku pasti mereka seronok mendengar berita ini.(sifat kenakalan kami terserlah di sini)...

aku dan rakan-rakan sekelas merebut peluang ini untuk menyiapkan tugasan bhs inggeris yg diberikan oleh Prof Che Wan Chik. kami perlu menyiapkan data bagi survey yg telah kami jalankan. kelihatan mereka bertungkus lumus untuk meyelesaikan tugasan dengan baik...

aku mengambil tempat di sudut belakang lab computer dan bercadang untuk mencari maklumat mengenai presentation yg bakal aku sampaikan bersama ciksu dan mirah pd khamis ini. kehadiran laila, ustaz (azri J) dan zatil yang duduk di komputer bersebelahanku membuatkan aku terhibur dengan gelagat mereka. macam2 yang kami sembangkan, sekadar perkongsian bersama.
mereka lah yang mendorongku untuk menulis sedikit coretan di kala ini.
terima kasih ku ucapkan....

insyaAllah, aku akan cuba dan terus mencuba untuk mengorak langkah. medan penulisan perlulah menjadi sebahagian daripada diriku. hal ini untuk memudahkan aku berkongsi segala kisah2 di sekelilingku yang mampu memberi pengajaran kepada diriku khususnya, serta rakan2 yang amat kusayang....

untuk hari ini, cukuplah sekadar permulaan untuk aku meneruskan hasrat murni ini..apa2 pun aku sentiasa mengingatkan diri untuk kembali kepada Allah..ikhlaskan niat, nescaya Allah akan membantu setiap pergerakan dan pekerjaan yang kita lakukan. sesungguhnya pemilik kita adalah Allah, maka berserahlah diri kepadanya kerana Allah lbh mengetahui...

erm,,sekadar renungan bersama...farha suka nk kongsikan ttg ni.
farha baru je abis bace novel Tautan Hati nukilan Fatimah Syarha..
sungguh tertarik dengan jalan cerita dan input2 yang yg dibekalkan..
alhamdulillah, farha terkesan dengan kata2 dan ayat2 dlm novel tu. ssghnya farha mengimpikan kehidupan mcm tu...walaupun xmampu untuk mengaplikasikan keseluruhannya, farha cuba untuk praktikkan sedikit demi sedikit....

sekadar renungan: sama2lah kita berkasih syg kerana Allah. ssghnya setiap mukmin itu bersaudara. damaikanlah hati kamu. di akhirat kelak, terdapat 7 golongan yg akan mendapat naungan drp Allah ketika tidak ada naungan yg akan diberikan...salah 1 drpdnya ialah mereka yang berkasih sayang krn Allah.niatkan semuanya kerana Allah...
untuk menyayangi org lain, kita kenelah menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.
untuk menyayangi diri sendiri, kita perlulah mengenali dan mencintai Pencipta.....
fikir-fikirkanlah..............

buat masa ni, farha undur diri dulu, doakan agar waktu lapangku bisa mencoret bait2 untuk menjadi perkongsian bersama....

salam~

5 comments:

rifqi,,~ said...

nk try bc gk la buku tu..lalala~

~farhasophea~ said...

huhu..yup.ki kne bace.

rifqi,,~ said...

insyallah bole..tggu je la ea..('',)

~farhasophea~ said...

ok..nnt farha bagi..

rifqi,,~ said...

bagi ape tu ea..lalala~~